Tuesday, July 29, 2008

BIOGRAPHY OF AISHWARYA

Aishwarya Rai (Ash) is one of Bollywood's pre-eminent leading ladies. This Indian darling burst upon the world stage when her striking beauty, poise and commanding intelligence won her the Miss World crown in 1994. This former architecture major soon became one of India's most famous models landing a prestigious Pepsi campaign and appearing in Vogue Magazine. India's top Bollywood directors were soon lining up to work with Ash. Her film debut in Mani Rathnam's 'Iruvar' (1997) received critical acclaim and her performance in Aur Paar Ho Gaya' (1997) directed by Rahul Rawail garnered her the Best Female Debutante Award. In 2000 she was awarded Best Actress by FilmFare and Zee Cine for her work in Sanjay Leela Bhansali's "Hum Dil De Chuke Sanam", in that same year, nominated for Best Supporting Actress for her special appearance in Aditya Chopra's Mohabbatein (2000). In 2001 Ash was nominated for FilmFare's Best Actress Award for Satish Kaushik's "Hamara Dil Aapke Paas Hai".Ash's star continued to rise in 2002 working again with Sajay Leela Bhansali in 'Devdas'. 'Devdas' is the most ambitious and most successful film in Bollywood history. It became the first Bollywood picture to ever receive a special screening at this year's Cannes Film Festival and broke box-office records in India and the United States.2003 brought even more exciting opportunities. Ash became the first Indian actor to be a member of the jury at the Cannes Film Festival. She is also the latest member of the elite L'Oreal Dream Team, joining beauties Catherine Deneuve & Andie MacDowell as their international ambassador. She graced the covers of India Today and the prestigious TIME Magazine. Time Magazine has also listed her on their list of the "100 Most Influential People in the World Today". She has graced numerous covers worldwide including USA, UK, China, Russia, Israel, United Emerites, Italy, Spain and France. Ash was also listed on Rolling Stone Magazine's annual "Hot List", Hello Magazine's Most Attractive Women in the World", Stuff Magazine, FHM magazine, V-Life from Variety Magazine, GQ Magazine, New York Times Magazine, Harper's & Queen and countless others.2004 saw Aishwarya take on the leading role in her first English language film for Gurinder Chadha in "Bride & Prejudice". She also became the first Indian female to be immortalized in wax at the world famous Madame Tussaud's wax museum in London.With over 17,000 websites dedicated to her, Ash finally launched her "Official Website" www.AishwaryaWorld.com2005 started with appearances on "60 Minutes", "David Letterman Show" and the most watched television program in the world the "Oprah Winfrey Show". Aishwarya's career continues to grow even stronger - she will soon be seen in Mistress of Spices for director Paul Berges, Jag Mundhra's Provoked, Sanjay Gadhvi's Dhoom 2 and legendary film producer Dino De Laurentiis's The Last Legion opposite Colin Firth and Sir Ben Kingsley. The Queen of Bollywood is already becoming the talk of tinseltown and is currently in negotiations on two major motion pictures.

BIODATA TUN MAHATHIR



BIODATA OF HON TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Koridor Raya Multimedia, projek gah negara yang telah diilhamkan Tun Dr. Mahathir, diisytiharkan kewujudannya secara rasmi pada 1995. Projek mega ini bukan sahaja membuka mata dunia amnya dan rakyat Malaysia khususnya, malah merupakan wawasan Malaysia yang tiada tolok bandingnya. Kewujudan Koridor Raya Multimedia bertepatan dengan kekuatan dan keunggulan insan yang mengilhamkannya.
Diputerakan pada 10hb Julai 1925, Tun Dr. Mahathir merupakan anak bongsu kepada Mohamad bin Iskandar seorang guru bahasa Inggeris yang kemudiannya menjadi Guru Besar pertama Sekolah Inggeris di Alor Star, sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan "Master Mohamad", merupakan seorang guru yang tegas dalam menitikberatkan disiplin, kepentingan menuntut ilmu, dan egalitarianisme bukan sahaja di kalangan anak-anak muridnya tetapi sikap tegasnya itu juga diajukan kepada anak-anaknya. Beliau menekankan kesamarataan kedudukan sosial apabila memujuk salah seorang anak muridnya yang kebetulan merupakan kerabat di raja dengan tidak memakai simbol bangsawannya ke sekolah walaupun beliau berhak menggunakannya. Di kejadian yang lain, "Master Mohamad" telah mengarahkan dalam nada tegas tetapi lembut anak murid keturunan di raja itu untuk duduk berdekatan dengan mejanya apabila beliau mendapati anak murid tersebut telah mengalih perhatian murid-murid lain.
Inilah insan yang telah membentuk anak bongsunya, bernama Mahathir sehingga berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura dan lulus dengan Ijazah MBBS pada tahun 1953. Anak ini telah membuka kliniknya sendiri yang dikenali sebagai MAHA Klinik, mula-mula di Jalan Tunku Ibrahim dan kemudian berpindah ke Pekan Melayu, Alor Star pada usia semuda 32 tahun. Ini merupakan klinik anak Melayu yang pertama di Alor Star. Tujuh tahun kemudian beliau menjadi Ahli Parlimen dan memegang beberapa jawatan berprestij yang menyaksikan karier politiknya menyinar dengan perlantikan beliau sebagai Menteri Pelajaran selepas pilihanraya pada tahun 1974. Pada 16hb Julai 1981, beliau telah dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke empat.
Di bawah kepimpinannya, Tun Dr. Mahathir telah membawa Malaysia melalui suatu proses transformasi yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Dari sebuah negara pertanian, Malaysia telah menjadi sebuah negara perindustrian pada awal 80-an dan seterusnya berkembang menjadi sebuah negara K-Ekonomi. Ramai yang mengkagumi wawasan dan kepimpinan beliau yang sentiasa menjangkaui lebih daripada kehendak semasa. Sebagai contoh projek Koridor Raya Multimedia (MSC) lahir tepat pada masanya walaupun tanggapan dan perlaksanaannya pada waktu itu masih samar-samar malah menimbulkan banyak keraguan yang mungkin dapat melenyapkan terus kewujudannya. Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah Tun Dr. Mahathir bakal melakukannya.
Jawapannya mungkin terletak pada majalah terbitan Darulaman edisi Disember 1945, sebuah majalah Kolej Sultan Abdul Hamid yang ditulis oleh seorang pelajar yang berusia 20 tahun bernama Mahathir.
"Kemanusiaan berada di gerbang zaman terhebat - Zaman Tenaga Nuklear, dan kita sebagai insan sejagat berdoa agar revolusi ini membawa kepada keamanan sedunia. Kita berharap semoga penemuan yang menakjubkan ini mampu untuk mempertingkatkan pencapaian kemanusiaan, memperbaiki taraf kehidupan dan mengekalkan keamanan."
Pandangan ini seolah-olah menzahirkan bahawa Tun Dr. Mahathir ketika remajanya telah melihat masa depan dan kelahiran satu era baru. Lantaran itu seumur hidupnya diabdikan untuk perjuangan bagi memastikan Malaysia mampu mengharungi gelombang perubahan di masa hadapan. Kerana seorang insan yang begitu menghayati didikan bapanya, amat mencintai ilmu dan sentiasa mengambil iktibar dari apa yang berlaku di persekitarannya, beliau telah menjadikan Malaysia kini bersedia untuk menghadapi perubahan zaman.
Walau apapun, hakikatnya, Tun Dr. Mahathir merupakan 'Pencetus Malaysia Negara Maju' secara keseluruhannya. Usaha gigih beliau ini telah menggerakkan seluruh rakyat Malaysia untuk berusaha gigih membangunkan Malaysia supaya menjadi sebuah negara maju dan rakyatnya mampu bersaing di peringkat global. Berbekalkan usaha gigih ini, Malaysia dipacu ke mercu kejayaan yang lebih tinggi sejajar dengan hasrat dan penyataan cita-citanya yang termaktub dalam apa yang dinamakan Wawasan 2020.
Matlamat MSC yang dicipta oleh Tun Dr Mahathir adalah untuk mempersiapkan warga Malaysia bagi menghadapi dunia baru berasaskan teknologi maklumat dan kehidupan pintar. Pada masa ini, Malaysia telah berjaya membangunkan E-Dagangnya ke tahap RM100 bilion, jumlah pekerjaan di MSC telah mencecah 22,000 orang, pengguna internet melebehi 8 juta orang dan Malaysia menduduki tempat ke 16 negara paling kompetitif di dunia. Disamping itu, sistem pendidikan negara juga turut dibangunkan dengan pantas. Sistem pendidikan pintar seperti sekolah bistari dan pembelajaran elektronik (E-Learning) telah diwujudkan bagi mempertajamkan lagi pemikiran dan pencarian ilmu dalam zaman dunia moden tanpa sempadan. Institusi-intitusi pangajian ini pula telah menjadi pemangkin kepada perkembangan pengetahuan untuk institusi itu sendiri khasnya, institusi-institusi lain amnya dan juga negara dengan mencipta pola kemajuan dan inovasi yang berterusan secara berkesan.
Projek MSC, bandar pintar dan kerajaan elektronik telah membuka ruang kepada era kehidupan yang berteraskan kepada penyebarluasan ilmu atau k-era. Walaupun masih baru, era ini menjanjikan perubahan mutlak kerana ia akan memberikan definasi baru tanggapan manusia terhadap dunia. Pada zaman ini, ilmu pengetahuan dapat menghasilkan tingkatan yang menjangkaui aset fizikal dan komoditi dari segi nilai, kepentingan dan kaitannya dengan kemajuan. Jelaslah penggunaan ICT di Malaysia telah memudahkan kewujudan dan perkongsian ilmu yang telah melenyapkan sempadan dan membuka ruang tanpa batasan.
Anjakan dan impak yang disebabkan oleh projek-projek ICT yang dilaksanakan di negara ini ternyata begitu sempurna dan menyeluruh. Ringkasnya, pembangunan MSC dan K-Era merupakan satu daripada kegemilangan kemuncak pentadbiran Tun Dr. Mahathir, sepanjang kerjayanya selama 22 tahun yang bertemakan Malaysia Moden.
Apabila beliau meletakkan jawatan pada 31hb Oktober 2003, Tun Dr. Mahathir telah mewariskan satu peninggalan yang ternyata menjadi kebanggaan sepanjang zaman. Beliau telah mempersiapkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pengaruh yang besar di persada dunia walaupun kecil saiz geografinya di peta dunia. Membuktikan konsep 'Malaysia Boleh', dengan tindakan dan pemikirannya yang tersendiri tanpa perlu bersekongkol dengan negara-negara lain mahupun mana-mana institusi, beliau telah membina sebuah impian buat Malaysia dan merealisasikan impian ini bagaikan sebuah permata luarbiasa di dunia ini.
Walaupun Malaysia berbangga dengan apa yang diwarisinya tetapi janganlah kita sekali-kali melupakan kata-kata azimat daripada tokoh yang mewariskannya. Tun Dr. Mahathir dalam ucapannya pada Mac 2000 telah menyatakan:
"…Saya bersetuju dengan iltizam ketiga Bertrand Russell yang merasa amat kasihan melihatkan penderitaa insan-insan yang tidak terbela nasibnya. Saya tidak akan memohon kemaafan untuk menegaskan bahawa wujudnya jurang yang keterlaluan yang semakin membesar antara golongan kaya dan miskin di serata tempat di dunia pada abad ke 20 ini - jurang ini hendaklah dikekang dari menjangkaui abad ke 21"
Sungguhpun Malaysia sedang berjuang mencapai kecemerlangan dengan acuannya yang tersendiri, namun kita tidak boleh melupakan kata-kata azimat dari Bapa Pemodenan Malaysia ini. Tun Dr Mahathir telah menjadi daya perangsang ternama yang sentiasa menggalakkan kita belajar dari mereka yang telah berjaya yang mana pemodenan yang dicari perlulah seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan supaya kita tidak menjadi mangsa kepada arus pemodenan itu sendiri. Jawatankuasa pemilihan bagi ijazah Kehormat telah mengkaji penglibatan dan sumbangan Tun Dr Mahathir dalam pembangunan ICT dan K-Era dan telah mendapati yang berikut:
1. Beliau mempunyai pemahaman yang mendalam dan kukuh dalam pembangunan aliran ekonomi moden dan idea-idea beliau telah memantapkan sistem ekonomi negara kepada sistem K-Ekonomi. Pemahaman beliau telah diperlengkap bukan sahaja dengan keupayaan menjangka trend ekonomi masa depan, bahkan, lebih penting lagi, keupayaan merealisasikan kejayaan trend tersebut masa kini.
2. Beliau telah menunjukkan penguasaan atas proses-proses ilmuan masyarakat dan beliau telah mengasaskan teknologi maklumat secara meluas untuk menggalak, memperbaiki dan memanfaatkan proses-proses ilmuan ini.
3. Beliau terbukti telah mengilhamkan konsep dan melaksanakan initiatif yang telah membuahkan inovasi dalam proses-proses pencarian, representasi dan penyebaran ilmu.
Di atas sumbangan-sumbangan yang amat luarbiasa dan terkemuka ini, Senat Universiti Multimedia yang bermesyuarat pada 13 Mei 2004 telah bersetuju bahawa ijazah Kehormat Doktor Sains Keilmuan dianugerahkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dengan segala hormatnya saya mempersilakan YABhg Tun Canselor untuk menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Keilmuan kepada Mahathir bin Mohamad.

CHELSEA IN MALAYSIA

SHAH ALAM, July 28 (Bernama) -- More than 1,000 local and foreign fans of English football giant, Chelsea F.C., flocked to the Shah Alam Stadium, here tonight to watch their favourite team undergo a training session.
The squad, under the guidance of Brazilian-born coach Luis Phillipe Scolari, arrived in Kuala Lumpur yesterday to play against a Malaysian selection tomorrow night at the Shah Alam Stadium.
All their 24 players such as Petr Cech, Ashley Cole, Nicolas Anelka, Micheal Ballack, Wayne Bridge, Ricardo Carvalho, Frank Lampard and Joe Cole were present during the almost two-hour training session.
In their Asian tour, Chelsea had defeated Guangzhou Pharmaceutical (4-0) on July 23 and Chengdu Blades 7-0 in Macau on July 26.
After their match against the Malaysian selection, Chelsea would play against Lokomotiv Moscow from Russia as preparation for the English Premier League which begins early September.
-- BERNAMA